Wednesday, April 30, 2014

Free Yourself

0 comments
" Kita dalam menghadapi kehidupan , jangan taruh pagar mengelilingi kita " Allahyarham Sudirman Hj. Arshad




Aku seorang perempuan yang berhati tikus,
Aku seorang perempuan yang penakut,
Aku seorang perempuan yang ranap jiwanya,
Aku seorang perempuan yang lupa Tuhannya.

Aku bangkit tiap2 hari --
kutip kotak2 ,
lalu aku bina sarang aku ,
aku hidup dalam itu , 
sendirian --
sunyi.

Kerana aku perempuan pengecut !

Lalu satu hari ,
Tuhan turunkan hujan.
Basah semua kotak2 aku.
Yang tinggal hanya--
Aku.

Lalu ditanya akan aku,
apa harus aku lakukan ?
kutip semula kotak2 itu ?
sampai bila ?
hendak tinggal sendirian ,
takut pada dunia luar ?
sampai bila ?

Ini buktinya ,
Tuhan suruh kau bangkit hai perempuan !
Bangunlah dinda.

(Bella Kamal)

Tanya diri kita , 
" aku ni takutkan apa sebenarnya ? takutkan malu ? malu apa kalau tak pernah mencuba , takut digelak oleh kawan2 ? nak gelak apa kalau mereka sendiri tak tahu apa yang perlu diegelakkan , mereka juga akan lakukan benda yang sama , jadi , aku takutkan apa ? "
jawapannya , kau takut dengan diri kau.

Life is too short to play safe my dear .
Aku ni sangat penakut,
aku paling takut --
tak didengari .
Aku hidup dengan rasa itu terlalu lama,
aku pernah bersuara , tapi tak didengari.
Kau pernah rasa bila kau kumpulkan kekuatan untuk bercakap ,
tapi bila kau cakap , tak ada orang dengar ? toleh pun tidak .
dan kesilapan aku ialah , tunduk dan diam.
aku tak bangkit dan suarakan sekali lagi. 

Aku habiskan sisa2 persekolahan aku dengan follow behind the lead ,
idea2 yang aku ada , aku simpan . Untuk permainan jiwa aku mungkin.
Sedih hidup macam ni -- aku kata.
Tapi aku lagi sedih bila terpaksa kesian pada diri sendiri . Pathetic
Aku tak suka pergi kem , well , aku suka , tapi aku tak suka handle kem.
I hate them , sebab apa ? aku penakut . 
Aku jenis , kalau aku tak suka , aku tak nak buat.
selfish . Yes , aku tahu . 
And I got all those reasons why , and I never tell anybody bout' it 

Apa yang buat aku sedar ?
aku sendiri tak pasti ,
masa aku form 5 , aku tak masuk kawad.
Aku terpaksa duduk dalam kelas , sorang2
bukan aku takde kawan , cuma kawan2 yang rapat semua pergi kawat.
so , aku rehat pun kadang2 sorang2. Kadang2 tidur dalam kelas je .
Memang ikut rebel aku , aku tak bercakap dengan mak ayah aku.
Aku marahkan dorang , kenapa halang kehendak aku .
tapi , at the end of the day , takde benda yang perlu aku kesalkan .
I'm still alive walau tak masuk kawat. Aku memang sedih mula2
aku nangis macam orang bodoh kot , tapi lepas habis semua kawat tu,
aku fikir , bodohnya aku ,  aku sedih  orang marah2 aku pasal kawat , orang perli2 aku tak masuk kawat pun result hampeh , orang banding2 kan aku dengan orang yang masuk kawat , tapi untuk apa , kalau aku tak dapat masuk universiti , orang2 tu ada ke untuk aku nak bela aku ? well , memang tak , aku tahu semua dah jadi , it's not about U , tapi benda lain lah . 
well, ada member aku dari sekolah yang tiap2 tahun johan tolong aku tenangkan hati.
Serious , aku tak salahkan orang lain, aku salahkan diri aku sebab tak belajar betul2. So, aku kena pasrah untuk benda yang bukan untuk aku.

Memang aku tak belajar mana pun time tu ,
tapi aku belajar , bila kau hidup sorang2,
kau sedar semua perkara bila keadaan mendesak.
Aku belajar untuk handle diri aku sendiri,
aku jumpa cikgu2 minta tolong apa yang aku tak berapa faham
aku cari cikgu2 yang aku banyak gaduh , untuk settlekan balik salah faham
nampak simple , tapi perlu courage untuk buat benda ni.
Aku masuk pantun untuk cabar diri aku , bercakap depan orang ramai, untuk cabar diri aku jadi spontaneous , 
Aku masuk pidato untuk cabar keberanian aku , walau aku tak menang tapi , wallahi , aku puas.
sebab aku tahu , 4 tahun yang lalu , seorang Nabilah takkan mampu berdiri sendirian di sini. Takkan.
Kejayaan sebenar is never about be the number 1 , tetapi berjayanya kau adalah dengan mengalahkan engkau yang semalam. 


So , last2 minute aku belajar cari cikgu,
sebab aku tak target tinggi , aku hanya nak berdiri atas pentas tu
ambik reslut SPM aku. Aku teringin nak rasa perasaan bila semua orang nampak effort kau.
Yes, Tuhan makbulkan doa aku. Aku dapat naik pentas tu. 
Wallahi , rasa dia sangat indah . Rasa macam bila mak ayah kau cakap " we are proud of you"
macam tu lah rasa dia , bila turun pentas , cikgu2 peluk kau.
Siapa sangka aku ? aku ? naik pentas ? budak yang tak dengar kata, pemalas, pemalu , nampak hebat HANYA bila kawan2 aku ada , tapi hampas bila sendirian.
Jadi , aku sangat puas , bukan sebab aku nak mendabik dada , tapi sebab aku berjaya buktikan " if you have the courage , then everything is possible "

Kau pernah tak luahkan kat cikgu2 yang kau tak confident dengan pelajaran dan dengan ayat cliche " awak boleh " sebenarnya kau memang tak boleh , cuma dia nak sedapkan hati kau . Aku bangun dan gerak untuk berusaha bila aku dengar ayat " awak bukan tak pandai , tapi malas , kalau awak buang sikap malas suka tangguh kerja awak ni , takde sebab untuk awak tak berjaya " . Aku memang tak perlu dengar ayat nak sedapkan jiwa buai2 rasa , sebab kau akan rasa engkau boleh bila dengar ayat " awak boleh " tapi , that's it . aku boleh , so what ? kenapa aku tak berjaya lagi ? lain kali cakap jujur , aku ni pemalas so aku tak pandai . Then I know , Oh ! in order to be successful , I must not be a procrastinator and lazy , I must work hard to achieve what I want in life . That's it ! 

Aku rasa , aku hanya belajar masa form 5 , 
sebab apa yang aku hadap masa aku form 5 , sangat banyak membantu aku sekarang.
Aku jadi berani nak speak up , kalau orang tak dengar aku cakap lagi .
Memang gagal sekali dua , rasa nak masuk balik dalam kotak.
thrn i ask myself " SAMPAI BILA ?? "
Aku budak yang hampeh gila dulu, 
sampai aku pernah2 nangis bila orang tanya aku potensi diri,
dulu masa nak buat study group , orang bahagi2 subject untuk kawan yang pandai,
aku yang buatkan , sampai nak menitik air mata sebab tak tahu nak letak nama sendiri kat subject apa.
\hahaha/ lawak nya aku dulu.
Aku rasa aku tak tahu apa specialnya aku.
sekarang aku tahu , aku special sebab aku one of the kind , dan aku sangat kuat untuk bangkit dari kejatuhan aku tanpa sesal , aku gembira dengan masa ranap dan rebel aku tapi aku taknak kembali lagi . Aku special sebab I am  , me . I free myself from all the negativity . 
Then , you should be . :-)

What life would be if we had no courage to attempt anything ? - Vincent Van Gogh

Asasi TESL and me ....

0 comments
" hold on kids , no matter how fucked up life is today-- don't let go when you had chances to " FynnJamal



Assalamualaikum ,
long time no blogging huh ?
hidup aku penuh dengan sia-sia ,
tak ada apa yang perlu aku pertontonkan,
bimbang ditertawa dunia . 


Okay ,
Lihat pada tajuk kau sudah tahu.
kerana itu kau ada di sini
it's either kau type 
'tips interview tesl uitm'
or
'asasi tesl uitm'
whatever it is asal ada asasi tesl ,
kau dengan aku pasti akan bertemu. :-)
Aku rindu nak blogging ni. Lama gila bapak tak berblogging.
Okay jangan bosan dulu . Haha . My story starts here.


19th April 2014

Aku ada pergi interview untuk Asasi TESL kat UiTM  ,Shah Alam
Aku melompat jugak bila dapat tahu lepas untuk pergi interview,
lepas tu tampar diri sendiri sebab baru interview belum dapat masuk betul2. ahaha.
Aku nervous gila sepanjang minggu tu , nervous amat ,
sampai pada hari nak diInterview , aku tak rasa pape pun. haha
Aku relax gila , padahal aku lambat kot , ada lah dalam 15 minit lambat.
sesat punya pasal , aku masuk kampus besar dia , padahal fakulti pendidikan seksyen 17.
kenapa lah buat asing2 \haih/

Tips 1 
JANGAN LAMBAT !!
aku takpe , \hahaha/ sebab aku tak nervous,
tapi mak aku punya bising , perghh
actually , aku tak lambat pun , aku keluar rumah awal.
cuma aku jadi lambat bila aku pusing2 kat kampus besar tu ,
dan haritu bukan hanya TESL je yang kena interview, banyak lagi,
so , ramai akan berpusu masuk kampus besar. Kau pun akan terikut punya.
Tips 2 - JANGAN IKUT ORANG \haha/
Fakulti pendidikan tempat lain ye adik2 ,
so taknak sesat , sila datang awal , 
aku gerak 1 setengah jam awal , so korang gerak 2 jam awal \hahahaha/

Tips 3
Get ready korang punya alat tulis ,
jangan tinggal , yang ambik exam tu bukan member2 korang ,
unless kau memang tak tahu malu nak pinjam2 time tu , 
tapi memang tak dibuat dek orang dik , jangan . 
Bawak siap , show some efforts k ?

Tips 4
Make some friends ,
aku ni pemalu tahap gaban punya orang , tapi 
sebab aku malas nak fikir pasal interview,
aku buat kawan, thank God , panel aku paling riuh,
aku bukan nak perasan ke apa , tapi panel2 lain diam gila
ada yang keluar dari bilik interview siap terduduk bagai.
Aku pun pelik, panel aku interviewers punya gelak , sampai luar boleh dengar,
mungkin kitorang punya jawapan gila2 kot \haha/ .

Tips 5
Always remember , they are all the same like you , don't be insecure .
relax , aku punya member2 semua first time cakap english,
bab menulis semua orang gempak beb , bercakap ? ketaq lutut bak ang.
aku punya family bukan stok2  nak cakap english kat rumah kecuali kalau part nak mendajal orang
\hahaha/ 
kawan2 kat sekolah tak payah cerita , sebut 'strawberry' dengan slang American pun habis kitorang gelakkan . 
Bila dah nak hadap interview macam ni baru sedar that was so lame , we should not make fun of thing like that. 
So , ingat , to prove that they or you who are better , is to try . 
If you never try , you never know your potential .

Tips 6
SMILE ! :-)
salah ke jawapan merapu ke ,
persetankan semua itu dengan senyuman,
it boost up your confident level.
Interviewers tu tak bodoh dik , nak tahu kau salah ke tak.
Kau jangan menipu ,  jujur je . pastu senyum. 
Setidak-tidaknya , kau cukup relax to face the next questions.
Tak tahu cakap " I'm so sorry , but I don't know/ I'm not sure "
and smile . They will help you to give some hints , or proceed to the next questions

Tips 7
Double check your documents 
This is damn important !  
dorang akan listkan apa benda2 yang interviewers nak,
so , susun elok2 , double triple check , 
check je banyak kali, nak selamat kan , dari kau kelam kabut kat dalam tu.

Tips 8 
Bawa gambar passport !
dalam surat offer tu dia tak bagitahu ,
tapi kat sana memang dia nak , nasib aku memang ada simpan untuk spare.
bawa je siap2, satu je pun dia nak.


Okay,
untuk soalan2 yang dorang tanya aku :-

  1. Introduce ( cliche kan ?  cerita lah pasal diri kau , avoid tell them the fact that they already know , macam nama , umur ,etc)
  2. How many siblings do you have ?
  3. What are they(my siblings) doing ?
  4. Since most in my family are teachers , so they asked me did they inspired me ?
  5. What do you know about TESL ?
  6. Do you find it is easy to find this place(Fakulti Pendidikan) ?
  7. What is the current issue do you know happens in middle-east ( well , this is the killer question, I said I don't know , then they help me giving some hints, But I still cant answer them, so twisted the question by giving the current issue that I only know \hahah/ )
  8. What do you see yourself in 10 years from now .
That's all , nampak banyak ,
tapi kejap je , well , aku memang tak ambik port tentang curret news
so , aku bantai je , dorang pun bantai gelak dengan jawapan aku.
tapi , sepanjang interview tu , senyum je memanjang.
Keluar je dari bilik tu , terus jumpa kawan2 share soalan.
Tapi kantoi dengan abang yang jaga kitorang tu.
dia kata " hey , shhh shhh " sambil gelak2 . hahaha
Baik kot akak2 dan abang2 kat sana.

Well, I do hope that I can get this Asasi TESL in UiTM,
Pray for me. 
Aku tak kisah pun dapat mana2 , tapi kalau boleh nak shah alam
tapi tak kisah lah .\ hahaha/ . Nampak tak aku desperate nak sambung belajar ?
Aku nak lari dari dunia aku sekarang ni kejap. Nak busy kan diri,
Nak jumpa orang2 baru . Seronoknyaaa..
oh ya , Thanks for reading ! 
Goodluck untuk yang nak pergi interview untuk tahun 2015 nanti.

Thursday, February 13, 2014

Tikaman persoalan

0 comments
Kenapa ditaruh akan aku ?
Kenapa ditarah hati aku ?

Apa kau tak dengar suara aku ?
Jerit padu dalam sunyi yang bingit 

Kau hadir sekecil zarah ,
mengusung sebakul emas,
namun , bisamu membunuh aku,
rabak hatiku dek kunyahan mu.

Duduk di bangku , menulis biru.
Matinya aku di sini , tiada yang tahu.

Membiak terus kau ,
merasuk yang lain,
hentikan , persoalan
hentikan ! 

mereka jerit padu dalam sunyi yang bingit.

-Bella Kamal-

Kotak Hati

0 comments
Dalam satu kotak ;
sempit,
perit.


Nafas aku cuma satu,
amarah .

Makin dihidu , makin pedih.
Kalau ditahan ,
mati.

Mahu saja kau bubuh kau disini,
biar tahu rasa hati yang terseksakan.
Serta sang naga bernafas api.
Maka sekian mati.


-Bella Kamal-

Tuesday, February 4, 2014

Start All Over

0 comments
"Another chance to get burned and start all over ,I'm gonna start all over" Start All Over by Miley Cyrus 


Assalamualaikum ,

It was such a long time since the last time I updated my blog,
2012 if I'm not mistaken. 2 years ! I mean a lot of things happened to me in 2 years.
Boleh la kot kalau nak kata makin matang. \haktuih/
The Bad News is , Aku dah habis sekolah. T.T sedih gila okay.
Mati kutu aku duduk rumah ni. Nak kerja tapi.....
Yang aku minat full, yang tak minat jauh.
Ada la mamak belakang rumah nak pakai orang. tapi
whatthehell aku nak kerja mamak . Ini bukan berlagak tapi
What The Hell ? seriously ? Aku ? mau bankrap mamak tu nanti.

Aku takde lah berubah mana..
Ada lah sikit2 , nothing extraordinary.
Aku macam awkward gila kot nak type blog ni.
Apa ntah aku nak borakkan di sini.
Aku cuma nak cakap,
post2 lama aku semua aku private kan. sebab aku nak start all over.
Banyak benda mengarut haramjadah kat sini.
Semua aku hide, biar aku sorang je gelak guling atas tikar sampai berbirat badan
gelak atas kebodohan aku dulu. LOL.
Tapi , tanpa bodoh dulu , aku takkan jadi macam la ni.
\tepuk tangan/
Okay awkward bapak. so , stop dulu.
Nanti rajin gua update lagi