Wednesday, April 30, 2014

Free Yourself

" Kita dalam menghadapi kehidupan , jangan taruh pagar mengelilingi kita " Allahyarham Sudirman Hj. Arshad




Aku seorang perempuan yang berhati tikus,
Aku seorang perempuan yang penakut,
Aku seorang perempuan yang ranap jiwanya,
Aku seorang perempuan yang lupa Tuhannya.

Aku bangkit tiap2 hari --
kutip kotak2 ,
lalu aku bina sarang aku ,
aku hidup dalam itu , 
sendirian --
sunyi.

Kerana aku perempuan pengecut !

Lalu satu hari ,
Tuhan turunkan hujan.
Basah semua kotak2 aku.
Yang tinggal hanya--
Aku.

Lalu ditanya akan aku,
apa harus aku lakukan ?
kutip semula kotak2 itu ?
sampai bila ?
hendak tinggal sendirian ,
takut pada dunia luar ?
sampai bila ?

Ini buktinya ,
Tuhan suruh kau bangkit hai perempuan !
Bangunlah dinda.

(Bella Kamal)

Tanya diri kita , 
" aku ni takutkan apa sebenarnya ? takutkan malu ? malu apa kalau tak pernah mencuba , takut digelak oleh kawan2 ? nak gelak apa kalau mereka sendiri tak tahu apa yang perlu diegelakkan , mereka juga akan lakukan benda yang sama , jadi , aku takutkan apa ? "
jawapannya , kau takut dengan diri kau.

Life is too short to play safe my dear .
Aku ni sangat penakut,
aku paling takut --
tak didengari .
Aku hidup dengan rasa itu terlalu lama,
aku pernah bersuara , tapi tak didengari.
Kau pernah rasa bila kau kumpulkan kekuatan untuk bercakap ,
tapi bila kau cakap , tak ada orang dengar ? toleh pun tidak .
dan kesilapan aku ialah , tunduk dan diam.
aku tak bangkit dan suarakan sekali lagi. 

Aku habiskan sisa2 persekolahan aku dengan follow behind the lead ,
idea2 yang aku ada , aku simpan . Untuk permainan jiwa aku mungkin.
Sedih hidup macam ni -- aku kata.
Tapi aku lagi sedih bila terpaksa kesian pada diri sendiri . Pathetic
Aku tak suka pergi kem , well , aku suka , tapi aku tak suka handle kem.
I hate them , sebab apa ? aku penakut . 
Aku jenis , kalau aku tak suka , aku tak nak buat.
selfish . Yes , aku tahu . 
And I got all those reasons why , and I never tell anybody bout' it 

Apa yang buat aku sedar ?
aku sendiri tak pasti ,
masa aku form 5 , aku tak masuk kawad.
Aku terpaksa duduk dalam kelas , sorang2
bukan aku takde kawan , cuma kawan2 yang rapat semua pergi kawat.
so , aku rehat pun kadang2 sorang2. Kadang2 tidur dalam kelas je .
Memang ikut rebel aku , aku tak bercakap dengan mak ayah aku.
Aku marahkan dorang , kenapa halang kehendak aku .
tapi , at the end of the day , takde benda yang perlu aku kesalkan .
I'm still alive walau tak masuk kawat. Aku memang sedih mula2
aku nangis macam orang bodoh kot , tapi lepas habis semua kawat tu,
aku fikir , bodohnya aku ,  aku sedih  orang marah2 aku pasal kawat , orang perli2 aku tak masuk kawat pun result hampeh , orang banding2 kan aku dengan orang yang masuk kawat , tapi untuk apa , kalau aku tak dapat masuk universiti , orang2 tu ada ke untuk aku nak bela aku ? well , memang tak , aku tahu semua dah jadi , it's not about U , tapi benda lain lah . 
well, ada member aku dari sekolah yang tiap2 tahun johan tolong aku tenangkan hati.
Serious , aku tak salahkan orang lain, aku salahkan diri aku sebab tak belajar betul2. So, aku kena pasrah untuk benda yang bukan untuk aku.

Memang aku tak belajar mana pun time tu ,
tapi aku belajar , bila kau hidup sorang2,
kau sedar semua perkara bila keadaan mendesak.
Aku belajar untuk handle diri aku sendiri,
aku jumpa cikgu2 minta tolong apa yang aku tak berapa faham
aku cari cikgu2 yang aku banyak gaduh , untuk settlekan balik salah faham
nampak simple , tapi perlu courage untuk buat benda ni.
Aku masuk pantun untuk cabar diri aku , bercakap depan orang ramai, untuk cabar diri aku jadi spontaneous , 
Aku masuk pidato untuk cabar keberanian aku , walau aku tak menang tapi , wallahi , aku puas.
sebab aku tahu , 4 tahun yang lalu , seorang Nabilah takkan mampu berdiri sendirian di sini. Takkan.
Kejayaan sebenar is never about be the number 1 , tetapi berjayanya kau adalah dengan mengalahkan engkau yang semalam. 


So , last2 minute aku belajar cari cikgu,
sebab aku tak target tinggi , aku hanya nak berdiri atas pentas tu
ambik reslut SPM aku. Aku teringin nak rasa perasaan bila semua orang nampak effort kau.
Yes, Tuhan makbulkan doa aku. Aku dapat naik pentas tu. 
Wallahi , rasa dia sangat indah . Rasa macam bila mak ayah kau cakap " we are proud of you"
macam tu lah rasa dia , bila turun pentas , cikgu2 peluk kau.
Siapa sangka aku ? aku ? naik pentas ? budak yang tak dengar kata, pemalas, pemalu , nampak hebat HANYA bila kawan2 aku ada , tapi hampas bila sendirian.
Jadi , aku sangat puas , bukan sebab aku nak mendabik dada , tapi sebab aku berjaya buktikan " if you have the courage , then everything is possible "

Kau pernah tak luahkan kat cikgu2 yang kau tak confident dengan pelajaran dan dengan ayat cliche " awak boleh " sebenarnya kau memang tak boleh , cuma dia nak sedapkan hati kau . Aku bangun dan gerak untuk berusaha bila aku dengar ayat " awak bukan tak pandai , tapi malas , kalau awak buang sikap malas suka tangguh kerja awak ni , takde sebab untuk awak tak berjaya " . Aku memang tak perlu dengar ayat nak sedapkan jiwa buai2 rasa , sebab kau akan rasa engkau boleh bila dengar ayat " awak boleh " tapi , that's it . aku boleh , so what ? kenapa aku tak berjaya lagi ? lain kali cakap jujur , aku ni pemalas so aku tak pandai . Then I know , Oh ! in order to be successful , I must not be a procrastinator and lazy , I must work hard to achieve what I want in life . That's it ! 

Aku rasa , aku hanya belajar masa form 5 , 
sebab apa yang aku hadap masa aku form 5 , sangat banyak membantu aku sekarang.
Aku jadi berani nak speak up , kalau orang tak dengar aku cakap lagi .
Memang gagal sekali dua , rasa nak masuk balik dalam kotak.
thrn i ask myself " SAMPAI BILA ?? "
Aku budak yang hampeh gila dulu, 
sampai aku pernah2 nangis bila orang tanya aku potensi diri,
dulu masa nak buat study group , orang bahagi2 subject untuk kawan yang pandai,
aku yang buatkan , sampai nak menitik air mata sebab tak tahu nak letak nama sendiri kat subject apa.
\hahaha/ lawak nya aku dulu.
Aku rasa aku tak tahu apa specialnya aku.
sekarang aku tahu , aku special sebab aku one of the kind , dan aku sangat kuat untuk bangkit dari kejatuhan aku tanpa sesal , aku gembira dengan masa ranap dan rebel aku tapi aku taknak kembali lagi . Aku special sebab I am  , me . I free myself from all the negativity . 
Then , you should be . :-)

What life would be if we had no courage to attempt anything ? - Vincent Van Gogh

No comments:

Post a Comment